Broker Anda Yang Dipercayai

Trading 212 adalah platform berprestasi tinggi, yang canggih untuk dagangan FOREX dan CFD.

Kami menggabungkan teknologi web dan mudah alih terkini untuk memastikan pelaksanaan pesanan yang cepat dan tepat melalui platform versi desktop serta mudah alih iOS dan Android. Trading 212 memudahkan untuk anda memulakan jual beli, namun sarat dengan ciri-ciri bagi memuaskan hati peniaga yang paling mencabar. Platform ini, yang dibina keseluruhannya secara dalaman, dikemas kini dengan kerap untuk menyediakan keadaan jual beli yang optimum dan memberi ruang bagi maklum balas pelanggan.

Lebih 200 000 pengguna daripada lebih 65 negara bergantung pada kami untuk memperdagangkan mata wang, komoditi seperti emas dan minyak, saham syarikat dan indeks. Para peniaga meraih manfaat daripada sokongan berbilang bahasa yang cemerlang yang tersedia 24/5, perlindungan dana yang dijamin, pelbagai instrumen jual beli yang meluas, tebaran yang berdaya saing dan bahan pendidikan yang pelbagai.

Trading 212 ialah nama dagangan Trading 212 UK Ltd. dan Trading 212 Ltd.

Trading 212 UK Ltd. berdaftar di England dan Wales, diluluskan dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan, FCA (Nombor daftar 609146).

Trading 212 Ltd. berdaftar di Bulgaria dan diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pemantauan Kewangan (Nombor daftar RG-03-0237).

Demi keselamatan anda dan bagi mematuhi peraturan kami, semua dana pelanggan disimpan secara berasingan dalam akaun bank yang diasingkan dan dilindungi oleh Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan, FSCS (Trading 212 UK Ltd.) dan Dana Pampasan Pelabur, ICF Bulgaria (Trading 212 Ltd.).

Seandainya berlaku keingkaran, pampasan FSCS adalah sehingga GBP 50 000 dan pampasan ICF Bulgaria adalah sehingga 90% (tetapi terhad pada EUR 20 000) daripada dana pelanggan. Setiap pelanggan akan diberi pampasan jika satu daripada syarikat kami gagal memenuhi obligasinya kepada pelanggan disebabkan oleh keadaan kewangannya.

Amaran risiko
Berbual dengan kami